Program latihan Mourinho jadi punca Ibrahimovic kekal cergas

By Staff Writer 7 January 2017
Program latihan Mourinho jadi punca Ibrahimovic kekal cergas

Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, berkata program latihan istimewa yang disediakan Jose Mourinho menjadi punca dia kini sedang beraksi dengan mantap.

Ibrahimovic telah pun meledak 18 gol dalam 28 penampilan sejak berhijrah ke Old Trafford dari Paris Saint-Germain.

Meskipun kini digelar pemain veteran, Ibrahimovic telah beraksi 90 minit dalam kesemua perlawanan kecuali satu -- 1-1 berdepan Arsenal ekoran digantung satu perlawanan -- dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Saya rasa cukup mantap, dan sangat cergas," Ibrahimovic memberitahu laman rasmi United.

"Mourinho telah menyediakan program yang berkesan sejak dari awal. Dia telah menyediakan program khas yang sesuai dengan cara saya bermain. Untuk itu, dia harus mendapat pujian.

"Disebabkan program tersebut, saya kini mampu beraksi dengan lama di atas padang.

"Apabila kamu memiliki tubuh badan seperti saya, ia bukan tubuh badan yang normal."

About Author

Staff Writer

Comment