Antonio Conte menjangkakan Chelsea akan menjadi lebih baik apabila pemain-pemainnya semakin menyesuaikan diri dengan gaya permainannya walaupun mereka semakin hampir dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan 2-1 ke atas Stoke City kelmarin mengekalkan kelebihan 10 mata mereka di persada liga. Dengan berbaki 10 perlawanan, Conte akan turut menyediakan pasukan untuk menghadapi aksi separuh akhir Piala FA.

Pengendali kelahiran Itali itu percaya pasukannya sudah memahami pendekatan yang cuba diketengahkannya dan menyifatkan pasukannya akan terus berkembang menjadi pasukan lebih baik pada masa akan datang.

"Ini merupakan musim yang penting buat pemain-pemain saya memahami gaya permainan yang saya cuba ketengahkan," kata Conte.

"Mereka sudah membiasakan diri dengan sistem saya. Kami sedang membina sesuatu yang penting.

"Selepas ini, kami akan menghadapi dua perlawanan penting berdepan Crystal Palace dan Manchester City di laman sendiri. Kami akan cuba untuk memenanginya.