Pogba penting untuk United -- Irwin

By Staff Writer 5 September 2019 485
Pogba penting untuk United -- Irwin
Paul Pogba dan keberaniannya penting untuk kejayaan Manchester United, tegas bekas pertahanan, Denis Irwin.

Pogba telah dikaitkan akan berhijrah meninggalkan Old Trafford, dengan Real Madrid dan Juventus dilaporkan mengintai bintang United itu sebelum berakhirnya jendela perpindahan Isnin lalu.

United bergelut musim lalu dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat keenam tetapi Pogba antara pemain terbaik -- Pemenang Piala Dunia bersama skuad Perancis itu menjaringkan 16 gol dalam semua kejohanan.

Pogba turut melakukan sembilan bantuan jaringan dan Irwin menekankan kepentingan pemain berusia 26 tahun itu.

"Tidak banyak pemain yang memiliki kualiti yang sama dengan Pogba," kata Irwin. "Dia bergandingan dengan ramai pemain yang pantas dan saya berasakan dia mampu melakukan hantaran yang terbaik.

"Kami hanya memerlukan aksi yang konsisten daripada Pogba tetapi untuk mula mendominasi dan maju ke hadapan. Pogba perlu menjadi pemain utama pasukan ini.

"Saya berasakan setiap pasukan memerlukan seorang pemain yang mengambil risiko tetapi apabila melihat Pogba, dia merupakan individu yang mampu mencipta sesuatu.

"Kami telah berusaha menghasilkan peluang untuk memenangi perlawanan, jadi kehadirannya amat penting kepada United."

Pogba dan United bermula cemerlang selepas menewaskan Chelsea 4-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Bagaimanapun, mereka telah seri dua kali dan tewas kepada Crystal Palace di laman sendiri, sekali gus menggugat rentak mereka untuk mengejar kelompok empat terbaik.

Irwin berkata lagi, "Saya memahami United hanya meraih dua mata dalam tiga perlawanan tetapi kami harus melakukan lebih lagi.

"Kami mungkin harus menerima hakikat perlu lebih bersabar kerana tidak mungkin memberikan saingan mengejar gelaran liga tetapi perlu memperbaiki pencapaian musim lalu."
 

About Author

Staff Writer

Comment