Pogba pemain tengah terbaik di dunia -- Mourinho

By Stefan Coerts 28 December 2016 109
Pogba pemain tengah terbaik di dunia -- Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, melabel Paul Pogba sebagai pemain tengah terbaik di dunia tetapi menjangkakan bintang Perancis itu akan mempamerkan aksi yang lebih mantap musim hadapan.

Pogba kembali ke United dari Juventus dengan rekod yuran perpindahan termahal dan pemain berusia 23 tahun itu mula mencari rentak selepas bergelut pada awal musim 2016-17.

Mourinho menegaskan Pogba mampu memberikan lebih lagi dan melihat dia mampu memenangi Ballon d'Or di masa akan datang.

"Kita harus memiliki perspektif yang berbeza terhadap anugerah Ballon d'Or. Buat masa sekarang, anda tidak akan memenanginya jika anda bukan penjaring terbanyak," ujar Mourinho.

"Pada saya, Pogba adalah pemain tengah yang terbaik di dunia, dia masih muda dan mahu mempertingkatkan lagi mutu permainannya.

"Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah liga yang sangat sukar. Dia beraksi di Itali selama empat tahun, ternyata dia memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan permainan di England semula, saya yakin Pogba akan menghasilkan sesuatu tahun hadapan."

About Author

Stefan Coerts

Comment