Masa depan Paul Pogba bersama Manchester United tetap tidak tergugat, kata Michael Carrick.

Pogba disisihkan di bangku simpanan oleh Jose Mourinhon ketika United tewas dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah, sekali gus mewujudkan spekulasi mengenai hubungan kedua-dua individu itu.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Perancis itu mendakwa dia tidak berdepan masalah dengan pengurus dari Portugal itu yang menegaskan Pogba akan berada bersama United bagi musim 2018/19.

Masa depan Pogba kembali menjadi tanda tanya selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG), membuatkan Carrick yang baru dilantik sebagai jurulatih di United hanya mampu ketawa mendengar khabar angin tersebut.

"Ia adalah persoalan yang bodoh," kata Carrick kepada Sky Sports.

"Sudah tentu dia mempunyai masa depan di sini. Pogba adalah pemain utama kami. Pada usia yang muda, dia telah mencapai tahap terbaik lebih awal.

"Secara jujur, saya tidak memikirkan tentang penghijrahannya dari sini."