Pogba bagaikan Lebron James, Usain Bolt buat Juve -- Chiellini

By Sacha Pisani 17 January 2017
Pogba bagaikan Lebron James, Usain Bolt buat Juve -- Chiellini

Giorgio Chiellini berkata Paul Pogba merupakan seperti LeBron James dan Usain Bolt buat Juventus.

Pogba bersama Juve selama empat tahun dan memenangi takhta liga empat kali berturut-turut sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke Manchester United pada musim 2016-17.

Pertahanan kebangsaan Itali itu menyifatkan ketiadaan Pogba di bahagian tengah amat dirasai apabila mereka tewas 2-1 kepada Fiorentina.

"Juventus kini dibarisi pemain-pemain yang berbeza," kata Chiellini kepada Sky Sport Italia.

"Kami tidak biasa menerima kekalahan dan kami kehilangan khidmat pemain seperti Pogba yang memiliki pengaruh seperti James (bola keranjang) dan Bolt (olahraga).

"Ketiadaan Pogba sangat dirasai dan kami sedang bekerja keras untuk memperbaiki permainan kami."

 

About Author

Sacha Pisani

Comment