WEST BROM 1 TOTTENHAM HOTSPUR 1

Mauricio Pochettino menegaskan Tottenham perlu lebih klinikal di depan gol selepas menyaksikan anak buahnya melepaskan peluang untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 1-1 dengan West Brom.


Nacer Chadli membuka jaringan buat pasukan tuan rumah sebelum Dele Alli muncul penyelamat Spurs pada minit ke-88 untuk membawa pulang satu mata.

Pochettino mengesahkan pertahanan, Toby Alderweireld, bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara bertemu Bayer Leverkusen selepas mengalami kecederaan kaki dalam separuh masa kedua.

“Saya gembira dengan persembahan Spurs. Kami perlu lebih tajam di depan gol," jelas Pochettino.

"Kami telah beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi cara kami dibolosi amat mengecewakan.

"Foster telah mempamerkan permainan terbaik untuk menepis setiap percubaan Spurs dalam babak pertama perlawanan.

"Alderweireld mengalami kecederaan di bahagian kakinya dan kami perlu menunggu keputusan pegawai perubatan. Dia mungkin akan terlepas aksi bertemu Leverkusen."