Pieters bertanggungjawab di atas kemenangan Chelsea

By Tom Webber 19 March 2017
Pieters bertanggungjawab di atas kemenangan Chelsea

STOKE CITY 1 CHELSEA 2

Erik Pieters memikul tanggungjawab di atas kekalahan Stoke City 2-1 kepada Chelsea di laman sendiri malam tadi, keputusan yang menjamin The Blues akan menjulang kejuaraan liga.


Hantaran pelik daripada Pieters menghadiahkan Chelsea sepakan percuma di penghujung perlawanan, membenarkan pertahanan lawan, Gary Cahill, meledak gol kemenangan pada minit ke-87.

Pemain kebangsaan Belanda itu mengakui bersalah dan kecewa kerana dia telah menjadi punca Stoke gagal meraih sebarang mata daripada perlawanan ini.

"Saya telah membuat kesilapan besar ketika membuat hantaran kepada penjaga gol, Lee Grant," jelas Pieters.

"Sukar untuk menerima keputusan ini kerana kami telah bermain dengan baik, kami menghasilkan banyak peluang dan saya berpendapat kami berhak meraih satu mata.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea kini mendahului takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 13 mata dan pengendali The Potters, Mark Hughes, berasakan tiada pasukan yang mampu mengejar mereka.

"Ia sudah menjadi milik Chelsea dan anda dapat melihat gaya mereka meraikan kemenangan dalam perlawanan ini," kata Hughes.

"Sepanjang perlawanan, kami telah cuba untuk menembusi pertahanan lawan walaupun kekurangan seorang pemain. Kami telah memberikan yang terbaik."

About Author

Tom Webber

Comment