Piala FA: Kelab besar EPL dapat undian mudah pusingan keempat

By Tom Webber 9 January 2017
Piala FA: Kelab besar EPL dapat undian mudah pusingan keempat
Manchester United, Chelsea dan Liverpool mengelak pertembungan sesama sendiri dalam undian pusingan keempat Piala FA. 

Juara bertahan, United, menewaskan Reading 4-0 untuk meneruskan kemaraan dan seterusnya menempah pertemuan dengan juara Liga Kejuaraan 2012-13, Wigan Athletic. 

Pertemuan itu memberi kesempatan kepada bekas pengurus skuad simpanan United, Warren Joyce, untuk kembali ke Old Trafford. 

Chelsea akan menanti Brentford bagi aksi setempat, manakala Liverpool bakal berdepan Wolves di Anfield jika mereka mengatasi Plymouth Argyle dalam perlawanan timbal balik pusingan ketiga di Home Park pada 18 Januari nanti. 

Arsenal turut mengelak pertemuan sukar apabila bakal berdepan pemenang di antara Southampton dan Norwich City, sementara Manchester City diundi bertemu sama ada Bolton Wanderers atau Crystal Palace di tempat lawan. 

Tottenham akan melayani kunjungan kelab Divisyen Dua, Wycombe Wanderers, dan juara menanti Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City, akan ke Derby County.

Senarai penuh undian pusingan keempat Piala FA:

Tottenham lwn Wycombe Wanderers
Derby County lwn Leicester City
Oxford United lwn Birmingham City/Newcastle United
Sutton United/AFC Wimbledon lwn Cambridge United/Leeds United
Liverpool/Plymouth Argyle lwn Wolves
Norwich City/Southampton lwn Arsenal
Ipswich Town/Lincoln City lwn Brighton and Hove Albion
Chelsea lwn Brentford
Manchester United lwn Wigan Athletic
Millwall lwn  Watford
Rochdale lwn Huddersfield Town
Sunderland/Burnley lwn Bristol City/Fleetwood Town
Blackburn Rovers lwn Blackpool/Barnsley
Fulham lwn Hull City
Middlesbrough lwn Accrington Stanley
Bolton Wanderers/Crystal Palace lwn Manchester City

About Author

Tom Webber

Comment