Phelan: Baiki kelemahan untuk perlawanan akan datang

By Dominic Smith 16 October 2016 108
Phelan: Baiki kelemahan untuk perlawanan akan datang

BOURNEMOUTH 6 HULL CITY 1

Ketua jurulatih Hull City, Mike Phelan, berkata mereka harus bangkit selepas tewas kepada Bournemouth 6-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Junior Stanislas meledak dua gol dan satu gol daripada Charlie Daniels, Steve Cook, Callum Wilson serta Dan Gosling memastikan the Tigers mengharungi perlawanan yang perlu dilupakan di Stadium Vitality.

Hull kini menduduki tangga ke-16 dengan memiliki perbezaan gol yang paling teruk dalam Liga Perdana Inggeris selepas bolos 17 gol dalam empat perlawanan liga.

Phelan yang dinamakan sebagai jurulatih Hull sehingga penghujung musim, berkata: "Saya seperti dimalukan. Saya memiliki pasukan yang berkemampuan untuk bermain dengan baik.

"Kami perlu lebih bersikap matang. Jika gagal untuk memberi tumpuan dan berdisiplin, kami tidak akan dapat kekal dalam liga ini.

"Apa yang telah dipamerkan oleh pemain-pemain masih belum mencukupi.

"Hull perlu melihat semula setiap kelemahan daripada perlawanan ini dan cuba untuk bangkit dalam perlawanan akan datang."

About Author

Dominic Smith

Comment