WEST BROM 3 HULL CITY 1

Tony Pulis berkata perubahan formasi merupakan kunci kebangkitan West Brom untuk mencipta kemenangan 3-1 ke atas Hull City di The Hawthorns dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

The Baggies ketinggalan kepada gol pembukaan Robert Snodgrass pada minit ke-21, dan kecederaan Jonny Evans memaksa perubahan formasi pasukan sebelum separuh masa pertama berakhir.

The Baggies bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan daripada Chris Brunt, Gareth McAuley dan James Morrison untuk menyempurnakan kemenangan skuad kendalian Pulis.

"Kami mengubah gaya permainan selepas 30 minit berlalu dalam separuh masa pertama," kata Pulis.

"Mereka menampilkan permainan yang lebih cemerlang berbanding kami dan saya mengambil keputusan untuk menukar gaya permainan kami.

"Selepas itu, mereka tidak menghasilkan banyak peluang dan kami berjaya meraih tiga mata penuh.

Pulis juga berkata beliau mahu mendapatkan pemain-pemain baru Januari ini bagi mempertingkatkan lagi kekuatan pasukannya.

"Kami gembira kerana meraih 29 mata, ia merupakan satu permulaan yang baik. Sekarang kami memerlukan dua atau tiga pemain baru untuk memperbaiki kelemahan untuk meneruskan cabaran musim ini."