Pertikaman lidah dengan Pedro bukan isu besar -- Costa

By Staff Writer 6 January 2017
Pertikaman lidah dengan Pedro bukan isu besar -- Costa

Diego Costa menegaskan dia menghormati Pedro seperti seorang abang tatkala kedua-dua pemain itu terlibat dalam insiden pertikaman lidah ketika tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur.

Chelsea dinafikan rekod 14 kemenangan berturut-turut susulan kekalahan dalam aksi sengit yang berlangsung pada Rabu.

Antara masalah utama dihadapi The Blues dalam perlawanan tersebut adalah kegagalan jentera serangan mencapai persefahaman sehingga mencetuskan pertikaman lidah di antara Costa dan Pedro.

Kedua-dua pemain tersebut bertekak selama beberapa minit sebelum bersalaman selepas itu dan Costa menegaskan bahawa insiden tersebut tidak memberi kesan terhadap perhubungan mereka.

"Tiada apa yang berlaku," tegas bekas penyerang Atletico Madrid itu yang memberitahu International Business Times.

"Kami memahami antara satu sama lain. Apabila kamu mempercayai satu sama lain, perkara sebegini akan berlaku, ia sesuatu yang normal.

"Ia hanya satu insiden yang berlaku dalam perlawanan.

"Saya memberitahu dia: 'Kamu sepatutnya masuk ke dalam, kenapa kamu tidak berbuat demikian?' Dia kata 'Itulah yang saya lakukan' tetapi saya tidak bersetuju dengan apa yang dia katakan. Itu sahaja.

"Pedro bagaikan abang saya, kami sayang satu sama lain."

About Author

Staff Writer

Comment