MIDDLESBROUGH 3 SWANSEA 0

Aitor Karanka menyifatkan persembahan Middlesbrough menentang Swansea City adalah yang terburuk walaupun menewaskan Swansea City 3-0 di Stadium Riverside.


Boro kini kelebihan empat mata daripada zon penyingkiran selepas Marten de Roon dan Alvaro Negredo menjaringkan gol menewaskan The Swans.

Ia merupakan kemenangan terbesar selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Southampton dan Liverpool, tetapi pengurus Boro, Karanka tidak mengagumi kejayaan yang dicipta oleh pemain-pemainnya.

"Ia merupakan kemenangan terbesar kami, tetapi ia merupakan persembahan terburuk kami," kata pengendali dari Sepanyol itu.

"Kami bersedia untuk menghadapia perlawanan ini, kami telah memperoleh pengalaman daripada perlawanan yang lepas. Perkara yang paling adalah untuk mencipta peluang. Kami kurang mencipta peluang dan menjaringkan gol."

Ketua jurulatih Swansea, Bob Bradley kecewa kerana gagal mengawal perlawanwan selepas permulaan yang mantap, mencadangkan kekalahan ini berpunca daripada pasukannya sendiri.

"Kami memiliki beberapa perlawanan yang bermula dengan baik, tetapi gagal mengekalkan momentum sepanjang perlawanan," kata Bradley.

"Kami sangat kecewa. Swansea perlu bangkit pada perlawanan akan datang."