MANCHESTER CITY 5 LIVERPOOL 0

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menyifatkan Kevin De Bruyne sebagai "pemain yang sempurna" selepas membantu pasukan meraih kemenangan 5-0 ke atas Liverpool, semalam.


City membuka jaringan seawal minit ke-24 apabila hantaran sempurna De Bruyne disempurnakan oleh Sergio Aguero untuk menewaskan penjaga gol, Simon Mignolet.

Suasana perlawanan berubah apabila Sadio Mane dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan ke atas penjaga gol City, Ederson, dan De Bruyne segera memanfaatkan peluang untuk menambah jaringan buat pasukan tuan rumah, kali ini hantarannya disempurnakan oleh Gabriel Jesus.

Jesus menggandakan jaringan selepas perlawanan bersambung serta pemain gantian, Leroy Sane, menyempurnakan kemenangan City dengan dua gol tetapi De Bruyne merupakan pemain yang paling menarik perhatian Guardiola.

"Dia memiliki kualiti dan rajin di atas padang. De Bruyne mampu melakukan hantaran yang kemas," kata Guardiola.

"Dia seorang pemain yang melakukan banyak hantaran dan bantuan jaringan. Musim lalu, dia melakukan 15 atau 16 percubaan yang terkena palang.

"Saya berharap musim ini De Bruyne mampu menjaringkan lebih banyak gol.

"Pada saya, dia adalah seorang pemain yang sempurna. Kami sangat bertuah kerana memilikinya dalam pasukan ini.

"Saya sangat gembira dengan persembahannya setakat ini."