Arsene Wenger mahu terus mengendalikan Arsenal untuk tempoh empat tahun lagi apabila menegaskan keutamaan beliau adalah untuk kekal di Emirates.

Pengurus kelahiran Perancis itu sedang di bawah tekanan yang semakin meningkat selepas tewas 5-1 kepada Bayern Munich dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Menjelang aksi Piala FA berdepan Sutton United, Wenger berkata beliau akan terus terlibat dalam bidang pengurusan, "tidak kira sama ada di Arsenal atau tempat lain".

Wenger -- yang pasukan kendaliannya kini menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris -- berkata beliau mahu kekal bersama kelab itu.

"Ia bukan satu ancaman," katanya. "Keutamaan saya adalah untuk mengendalikan Arsenal dan itulah yang saya lakukan.

"Tetapi saya juga cukup matang untuk menganalisis situasi yang melanda."

Kini berusia 67 tahun, Wenger tidak menampakkan tanda-tanda untuk berhenti.

Bekas pengurus Monaco itu berkata beliau masih memiliki empat tahun lagi untuk menjalankan tugasnya.

"Mungkin lebih lama daripada itu tetapi mungkin jika tidak," kata Wenger.