ARSENAL 3 SWANSEA 2

Theo Walcott percaya persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelsan utama merupakan punca kejayaan Arsenal yang kini berkongsi mata dengan pendahulu liga, Manchester City.


Pemain sayap England itu meledak dua gol buat Arsenal untuk memberikan kemenangan keenam berturut-turut buat The Gunners.

Walcott berkata kejayaan Arsenal dalam saingan liga musim ini adalah kualiti pasukan secara keseluruhan ketika beraksi dan Walcott turut melontarkan pandangan bahawa mereka mampu menjadi pencabar utama takhta liga musim ini.

"Ia merupakan satu pencapaian yang baik buat Arsenal," kata Walcott.

"Musim ini terdapat penambahan di dalam skuad dan mereka telah bermain dengan baik dan anda dapat melihatnya di atas padang. Ia bukan hanya kesebelasan utama tetapi keseluruhan pasukan -- 25 pemain telah bekerja keras dalam sesi latihan.

"Dalam mana-mana pasukan besar, sentiasa terdapat persaingan untuk merebut tempat. Ia dapat menampilkan kualiti sebenar setiap pemain untuk dipilih beraksi dalam perlawanan sebenar."

Arsenal bakal berdepan Ludogorets dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum bertemu Middlesbrough di Stadium Emirates.