Perpindahan Martial ke Sevilla secara pinjaman sedang diatur

By Russell Greaves 28 December 2016
Perpindahan Martial ke Sevilla secara pinjaman sedang diatur
Anthony Martial mungkin akan menamatkan kariernya di Manchester United untuk memadamkan kekecewaannya akibat jarang diturunkan dengan berpindah ke Sevilla secara pinjaman, menurut ejennya. 

Tonggak Perancis itu hanya membuat tujuh kemunculan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di bawah bimbingan Jose Mourinho musim ini dan tampak semakin terhimpit dengan situasi itu di Old Trafford. 

Wakil kepada Martial, Philippe Lamboley, mendedahkan pemain berusia 21 tahun itu mungkin berpindah secara sementara ke LaLiga. 

"Kami sedang mengkaji pilihan ke Sevilla secara terperinci," kata Lamboley kepada ABCdeSevilla. 

"Sevilla sebuah kelab yang sangat bagus dan berada di kedudukan selesa dalam LaLiga. Mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara dan dikendalikan seorang jurulatih yang hebat, itu sahaja yang boleh saya katakan."

Pada awal bulan ini, Martial meluahkan dia semakin kecewa kerap terpinggir dengan berkata kepada SFR Sport: "Adalah menjengkelkan duduk di bangku simpanan, ia sangat menjengkelkan. 

"Namun, ini adalah ujian yang perlu saya tempuhi. Itulah yang berlaku apabila anda merupakan seorang pemain muda dan ia akan menguatkan mentaliti saya.

"Saya berdepan situasi sukar kerana satu-satunya perkara yang anda mahu lakukan adalah membantu pasukan dan anda tidak dapat melakukannya dengan sekadar duduk di bangku simpanan. Tapi itulah pilihan yang saya harus terima."

About Author

Russell Greaves

Comment