Pep Guardiola kecewa dengan keputusan tidak memberikan permit kerja kepada Douglas Luiz, dengan Manchester City berharap pemain tengah Brazil itu dapat memberikan bantuan kepada Fernandinho.

Pemain berusia 20 tahun itu menghabiskan musim 2017-18 dengan kontrak pinjaman dalam LaLiga bersama Girona, dengan membuat 15 penampilan liga tetapi hanya memulakan satu perlawanan daripadanya selepas menyertai City daripada Vasco Da Gama.

Pemain Brazil, Luiz, tampil dalam pra-musim untuk City, yang gagal menambah pemain tengah bertahan selepas Jorginho memilih untuk menandatangani kontrak bersama Chelsea dan bukannya menyertai juara bertahan itu.

Dan Guardiola tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya di atas keputusan berhubung permit kerja Luiz, yang memberi ruang kepada City untuk bertindak sewaktu jendela perpindahan sebelum tarikh akhir semalam.

"Kami akan cuba membantunya mendapatkan tempoh pinjaman lagi dan mendapatkan permit kerja," kata Guardiola dalam sidang media, hari ini.

"Sukar untuk saya fahami, seseorang yang tidak melihatnya dalam latihan menilainya. Dia mempunyai kualiti dan kemampuan tetapi saya menerima peraturan walaupun saya tidak faham.

"Pengurus Brazil (Tite) dan saya sendiri tahu lebih banyak tetapi saya berasa sedih dan kecewa kerana dia boleh bermain dengan kami, dan ia sebab mengapa kami berbelanja begitu banyak untuk membelinya.

"Ia kerana dia mempunyai kemampuan yang besar untuk bermain dengan kami, kami banyak bekerja dengan permit kerja seperti yang kami percaya dia boleh bermain.

"Kami memutuskan untuk menggunakan khidmatnya (sebelum musim) kerana kami percaya kepadanya tetapi mereka tidak mengenalinya, tiada dalam perlawanan atau sesi latihan. Saya tidak faham tetapi saya di England dan saya boleh menerimanya.

"Saya lebih suka ia diumumkan 10 atau 15 hari lalu, mungkin kami boleh memutuskan apa yang perlu dilakukan. Satu hari sebelum tamat berurusan (penutup jendela perpindahan), saya tidak tahu, dia tidak cukup tinggi, tidak cukup bermain pada masa lalu, harga atau sesuatu, OK. "