NEWCASTLE 2 ARSENAL 1

Newcastle United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Arsenal 2-1 hari ini, sekali gus meneruskan rekod buruk The Gunners dalam aksi di laman lawan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).


Gol pembukaan Alexandre Lacazette tidak mampu untuk memastikan mata buat skuad kendalian Arsene Wenger itu apabila Ayoze Perez dan Matt Ritchie meledak dua gol penting buat Newcastle, yang membenarkan mereka untuk menamatkan rentetan 10 kekalahan berturut-turut kepada Arsenal.

Arsenal kini tewas dalam lima perlawanan berturut-turut di tempat lawan buat kali pertama sejak Disember 2014 dan hanya dua mata di atas penghuni tangga ketujuh, Burnley.

Wenger, yang memberikan keutamaan kepada perlawanan Liga Europa, menurunkan Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang bersama-sama buat pertama kali pertama, memecah kebuntuan pada minit ke-14 di St. James' Park.

Perez menyamakan kedudukan dalam babak kedua sebelum Ritchie bertindak sebagai wira The Magpies dengan jaringan pada minit ke-68.

Kemenangan itu memberikan Newcastle 41 mata dan 13 mata di atas zon penyingkiran.