Perancangan FIFA hanya akan 'membunuh' pemain -- Guardiola

By Stefan Coerts 9 December 2016
Perancangan FIFA hanya akan 'membunuh' pemain -- Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, telah menyuarakan pendapatnya mengenai perancangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk memperkembangkan lagi saingan Piala Dunia kepada 48 pasukan dan percaya musim yang sangat padat akan 'membunuh' pemain.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, tidak merahsiakan hasratnya untuk memperkembangkan lagi aksi Piala Dunia dengan penambahan 16 pasukan dalam kejohanan tertinggi di dalam sukan itu.

Bagaimanapun, Guardiola berasakan sudah terlalu banyak perlawanan dan berkata mereka harus memberikan tumpuan kepada kualiti permainan berbanding kuantiti.

"Ia merupakan masalah kepada seluruh dunia. Kini mereka sedang bercakap mengenai Piala Dunia yang bakal direbut oleh 48 pasukan. Jika perkara ini dilaksanakan, ia hanya akan 'membunuh' pemain," jelas Guardiola.

"Aksi 48 pasukan dalam saingan Piala Dunia akan mengetepikan aspek kualiti permainan. Pemain-pemain akan kekurangan masa untuk berehat. Lebih banyak pertandingan, lebih banyak tekanan.

"Tetapi kami perlu menerima keputusan ini. FIFA akan membuat keputusan dan kami perlu menerimanya. 

"Saya hanya memikirkan mengenai kualiti permainan, mengenai kondisi pemain. Mereka perlu bernafas, berehat dan menikmati permainan."



About Author

Stefan Coerts

Comment