Pep Guardiola berasakan penyokong Manchester City tidak 'menghilangkan diri' pada penghujung 10 minit perlawanan membuktikan pasukannya telah bermain dengan baik ketika menewaskan Arsenal 2-1.

Jaringan dalam separuh masa kedua oleh Leroy Sane dan Raheem Sterling menidakkan gol pembukaan Theo Walcott pada minit kelima perlawanan untuk memberikan kemenangan buat pasukan tuan rumah di Stadium Etihad.

Guardiola gembira menyaksikan usaha pemainnya untuk memastikan penyokong-penyokong City tidak meninggalkan stadium, sekaligus menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Ia merupakan satu kemenangan yang bermakna kerana kami menewaskan salah satu pasukan yang kuat dalam EPL," kata Guardiola.

"Persembahan kami sama seperti bertemu Chelsea, kami menghasilkan peluang untuk menjaringkan gol.

"Saya sangat gembira untuk penyokong-penyokong kami. Mereka berada di dalam stadium sehingga tamat perlawanan."

Guardiola turut mendedahkan pemain-pemainnya untuk memperbaiki permainan selepas tewas 4-2 kepada Leicester City, minggu lalu.

"Sejak tiga hari yang lalu, kami menghabiskan dua setengah jam dalam sesi latihan untuk memperkemaskan lagi kawalan bola, ia telah membuahkan hasil. Jika pasukan lawan mengawal bola, mereka mampu menjana lebih banyak peluang."