Pengurusan West Ham sepakat Payet bukan untuk dijual

By Sacha Pisani 17 November 2016 147
 Pengurusan West Ham sepakat Payet bukan untuk dijual
Pengurus West Ham, Slaven Bilic, menegaskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berazam untuk mengekalkan bintang tengah mereka, Dimitri Payet.

Pada awal bulan ini, Payet -- yang disenarai pendek bagi Anugerah Ballon d'Or -- berkata dia tidak menutup pintu buat mana-mana tawaran bagi jendela perpindahan Januari nanti. 

Susulan pengakuannya itu, Pengerusi Bersama kelab, David Sullivan, menjangkakan pemain berusia 29 tahun itu akan kekal beberapa tahun lagi dan Bilic mengulangi pendirian itu. 

"Pengerusi telah memberitahu semasa Euro 2016 (dia akan kekal) sebaik spekulasi itu tercetus," kata Bilic kepada laman sesawang rasmi West Ham. 

"Kami berbesar hati memilikinya dan dia merupakan pemain kami. Kami mahu dia kekal sebagai pemain kami. 

"Ia akan banyak membantu kami jika dia menjaringkan gol penting ke atas Tottenham Hotspur, Sabtu ini!"

Payet telah menyumbang satu gol dalam sembilan aksi EPL bersama West Ham musim ini yang sekadar dipisahkan hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Bersama skuad kebangsaan Perancis pula, dia menjaringkan dua gol ke atas Sweden dalam kemenangan 2-1 untuk kempen Kelayakan Piala Dunia. 



About Author

Sacha Pisani

Comment