Pengerusi West Ham selar Payet selepas perpindahan ke Marseille

By Staff Writer 30 January 2017
Pengerusi West Ham selar Payet selepas perpindahan ke Marseille
Pengerusi bersama West Ham, David Sullivan, berkata dia lebih rela menyimpan Dimitri Payet dalam menjadikan pemain antarabangsa Perancis itu sebagai contoh teladan selepas dia enggan lagi bermain untuk kelab itu untuk memaksa perpindahannya ke Marseille.

Pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan West Ham untuk menyertai Marseille semalam dengan yuran perpindahan £25 juta sesudah menandatangani perjanjian empat setengah tahun untuk kembali ke Stade Velodrome.

Pengurus Hammers, Slaven Bilic, membidas pemain sayap itu secara terbuka kerana menyuarakan keinginannya untuk meninggalkan Stadium London hingga mencetuskan pelbagai rentetan sehinggalah pemergiannya.

“Kelab ini mahu memahatkan dalam rekodnya kekecewaan besarnya bahawa Dimitri Payet tidak menunjukkan komitmen dan rasa hormat kepada West Ham United sebagaimana ditunjukkan kelab ini dan penyokong terhadapnya, khususnya ketika ia menghadiahkannya kontrak baru lima setengah tahun yang lumayan hanya tahun lalu,” kata Sullivan dalam satu kenyataan.

"Saya mahu menjelaskan bahawa kami tiada keperluan kewangan untuk menjual pemain-pemain terbaik kami dan bahawa kepuusan membenarkan Payet berpindah adalah seiring dengan kehendak pengurus dan demi perpaduan pasukan.

"Untuk berlaku jujur, lembaga pengarah dan saya lebih memilih untuk dia kekal untuk dia menjadi contoh kerana tiada pemain yang lebih besar daripada kelab.

“Saya berasa yakin bahawa dengan kualiti pemain-pemain yang kami bawa masuk pada Januari, skuad ini akan lebih kuat pada penghujung jendela perpindahan ini daripada sebelum ini. 

"Kami kini berharap untuk membina daripada ‘form’ baik kami hasil lima kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir sambil kami fokus kepada peningkatan dalam carta Liga Perdana.”

About Author

Staff Writer

Comment