Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak, menegaskan bahawa juara Liga Perdana Inggeris itu hanya akan menandatangani pemain yang boleh meningkatkan kualiti skuad ke tahap lebih tinggi.

City menghabiskan lebih daripada £200 juta (RM1 bilion) untuk musim 2017-18 dan pasukan Pep Guardiola itu berjaya menjuarai Liga Perdana, memenangi gelaran dengan memecah rekod kempen.

Tetapi skuad berbelanja besar itu tidak mungkin mengulanginya di luar musim ini, dengan Al Mubarak berkata pasukan akan lebih berhati-hati mengenai perbelanjaan mereka.

"Daripada segi peningkatan skuad, kami banyak belajar pada masa lalu. Hari ini, kami mempunyai skuad berkualiti tinggi," katanya kepada City TV.

"Kamu tidak dapat 100 mata tanpa skuad yang berkualiti tinggi, yang mana kami ada. Apa-apa tambahan, perlu perbaiki skuad.

"Ini adalah pembelajaran paling besar dari tahun-tahun sejak mempengerusikan kelab ini. Apabila menang, membawa masuk pemain baru adalah keputusan sangat penting kerana kamu sudah mempunyai formula kemenangan," katanya.

City meraih 100 mata dalam Liga Perdana dan menjaringkan 106 go, sementara kalah hanya dua daripada 38 perlawanan mereka.

Tetapi Al Mubarak berkata dia menjangkakan skuad Guardiola yang tersingkir dalam suku akhir Liga Juara-Juara itu akan menjadi lebih baik.

"Harapan saya, dan jangkaan pengurus, adalah bahawa pasukan ini akan terus bertambah baik," katanya.

"Saya tidak ragu-ragu bahawa musim panas ini kami akan kembali bernafsu dan menjadi lebih agresif. Kami akan terus berkembang dan bertambah baik," tambahnya.