Roberto Mancini berkata pencapaian Claudio Ranieri di Leicester City akan diingati sehingga "2,000 tahun".

Mancini tampil sebagai pengurus pilihan untuk mengambil alih tugas di Stadium King Power selepas pemecatan Ranieri yang diumumkan semalam.

Bagaimanapun, laporan di Itali mencadangkan bekas pengendali Inter itu tidak berminat untuk mengambil alih juara Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut itu untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Mancini menunjukkan tanda penghargaan di atas usaha Ranieri membantu Leicester meraih kejuaraan liga liga dan membawa mereka ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

"Malangnya, inilah bola sepak. Jika anda menang, anda adalah yang terbaik. Tetapi jika anda tewas, anda perlu menerima padahnya," kata Mancini ketika ditemubual oleh Roma News.

"Beliau telah mencipta sesuatu yang sangat hebat. Pencapaiannya tidak akan dilupakan sehingga 2,000 tahun akan datang.

Bekas pemain kebangsaan Itali itu, yang pernah beraksi untuk Leicester sebagai pemain pinjaman, meninggalkan jawatan sebagai ketua jurulatih Inter pada Ogos lalu dengan persetujuan bersama.

Penggantinya di San Siro, Frank de Boer, juga merupakan salah seorang pengurus pilihan untuk mengendali The Foxes.