Pengumuman Arsene Wenger yang mengesahkan akan meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini telah menjejaskan rundingan kontrak Jack Wilshere.

Perjanjian melibatkan pemain tengah England itu tamat pada akhir kempen ini, dengan rundingan di antara pemain dan kelab itu terus tertunda.

Wilshere tetap positif terhadap peluang untuk melanjutkan kerjayanya bersama The Gunners walaupun Wenger akan meninggalkan pasukan itu.

"Kami masih berada di kedudukan yang sama," kata Wilshere kepada Sky Sports. "Tidak banyak yang berubah. Kami masih berbincang.

"Jelas, bos pergi telah mengubah beberapa perkara kerana saya tidak tahu siapa yang akan menjadi pengurus tahun depan.

"Tetapi kami masih berbincang. Saya dan kelab berharap kami dapat menyelesaikannya," tambahnya.

Arsenal akan berdepan Atletico Madrid dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Europa pada awal pagi Jumaat ini dan Wilshere berkata dia lebih fokus terhadap persaingan pada hujung musim berbanding perbincangan kontraknya dengan kelab itu.

"Jujurnya, saya tidak pernah fikir tentangnya (berpindah ke kelab lain)," kata Wilshere.

"Saya telah katakan sebelum ini, di sinilah saya mahu berada dan saya tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan tentang berpindah ke kelab lain.

"Kami telah bermain setiap tiga atau empat hari selama tiga atau empat bulan lalu. Jadi, ia memang sukar.

"Saya menumpukan perhatian kepada perlawanan dan jelas, bos pergi, ia menjadikan beberapa bulan yang buruk," katanya lagi.