Pemecatan Claudio Ranieri telah dijustifikasikan oleh persembahan lebih baik di bawah kendalian penggantinya, Craig Shakespeare, kata naib pengerusi kelab, Aiyawatt Srivaddhanaprabha.

Ranieri dipecat kurang sembilan bulan selepas mengemudi Leicester kepada kejayaan menakjubkan dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris , dengan pasukan sebelum ini berdepan bahaya diturunkan divisyen.

Shakespeare, ketika mengambil alih selaku pengurus sementara, merencanakan kemenangan 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana di tempat sendiri ke atas Liverpool and Hull City untuk menagih hak mengemudi kelab itu sehingga akhir musim.

Srivaddhanaprabha mempertahankan keputusan memecat bekas pengurus berbangsa Itali itu.

“Ia menyakitkan,” katanya. “Kami tidak mahukan ini tapi kami melihat kelab sebagai keutamaan. Kelab ini sudah berusia 133 tahun, maka kami mencuba yang terbaik untuk kelangsungannya. Saya tidak fikir ini akan merentap kelab ini ke bawah.

“Claudio memahaminya. Dia juga kecewa tapi dia berkata dia juga faham bahawa bola sepak akan sentiasa berkisar kepada keputusan. Kami memutuskan untuk menjadikan kelab ini lebih baik.

“Jika kami mengekalkannya dan kelab ini diturunkan, maka ia tidak berguna untuk menyesal kemudian.

“Kami membuat keputusan (memecatnya) – dan mendapat enam mata – saya fikir tindakan itu berbaloi.”

BREAKING: #lcfc is pleased to confirm Craig Shakespeare as its First Team Manager for the rest of the 2016/17 season. More follows… pic.twitter.com/CAqr5NPLiL

— Leicester City (@LCFC) March 12, 2017

Srivaddhanaprabha menjelaskan bahawa keputusan taktikal Ranieri yang dipersoalkan adalah antara sebab dia dipecat.

“Kami mahu memastikan yang kami 100 peratus akan kekal dalam Liga Perdana tapi kaedah barunya menukar taktik untuk memperbaiki pasukan, tidak menjadi,” kata Srivaddhanaprabha lagi.

“Pemain-pemain tidak tahu bagaimana hendak bermain dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Keputusan-keputusan yang diraih bukanlah seperti yang dijangkakan oleh bandaraya ini dan dunia.

"Saya bercakap dari tahun lalu lagi bahawa Leicester mungkin bertarung untuk mengelak relegasi musim ini kerana ini adalah bola sepak, ia sentiasa tidak menentu.

"Kami tahu beberapa perubahan akan menyentak pemain-pemain dan mendorong mereka untuk lebih melawan. Pada pandangan saya, pengurus perlu bergantung kepada keputusan-keputusan yang diraih pasukan.”