Sam Allardyce mendedahkan tiada pemain yang mahu menyertai Crystal Palace ketika ini kerana mereka kini menghuni zon penyingkiran dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Tatkala Jeffrey Schlupp tiba daripada Leicester City, Palace masih bergelut dalam memancing pemain ke Selhurst Park.

Palace gagal melakar kemenangan buat kali kelima berturut-turut pada Sabtu apabila tewas 1-0 kepada Everton hasil jaringan Seamus Coleman.

Kini menguni kelompok tercorot liga, bekas pengendali England itu mengakui beberapa pemain yang dihubungi enggan berhijrah ke pasukan yang sedang bergelut.

"Kami yang berada dalam kelompok tercorot liga berada dalam keadaan terdesak -- berbanding pasukan pertengahan liga -- untuk mendapatkan pemain, kerana kami berdepan senario di mana ada kemungkinan disingkirkan," jelas Allardyce.

"Beberapa cubaan membida pemain kami telah ditolak, dengan beberapa pemain menolak tawaran kami secara terang-terangan tetapi kami masih mencuba.

"Kami telah membuat bidaan, bercakap kepada ejen dan kepada kelab. Ada yang bersetuju tetapi harga terlalu mahal.

"Apabila memasuki 1 Februari nanti, kami akan menilai pemain yang kami miliki dan dari situ, kami perlu bergerak ke depan."