Arsenal telah memberi amaran kepada pemainnya mengenai bahaya sesetengah kumpulan di London selepas Mesut Ozil dan Sead Kolosinac menjadi sasaran, kata Per Mertesacker.

Dua pemain The Gunners itu menjadi sasaran cubaan rompakan kereta, Julai lalu sambil kelab mengetepikan mereka daripada aksi menentang Newcastle United atas faktor keselamatan.

Susulan insiden di rumah Ozil itu, dua lelaki kemudian didakwa kerana bertengkar dengan staf keselamatan.

Mertesacker -- yang merupakan pengurus akademi Arsenal selepas bersara -- berkata peman diberikan nasihat selepas insiden itu.

"Terdapat perbincangan serius mengenai kumpulan di London serta isu-isu keselamatan," katanya.

"Jenis kereta yang dipandu serta barang hiasan yang digunakan. Jadi, anda perlu lebih berhati-hati kerana apa sahaja boleh berlaku tanpa mengira waktu. Ini adalah contoh yang perlu anda elak.

"Selepas apa yang berlaku telah membuka mata mengenai tahap kemiskinan di sekitar London, bagaimana untuk pastikan ia tidak berlaku lagi?

"Apabila perkara sebegini berlaku, lebih banyak pagar, staf keselamatan dan pagar diadakan, ia menyedihkan."

Ozil masih belum beraksi buat Arsenal musim ini sambil Kolosinac sudah melakukan dua penampilan buat The Gunners.