Yaya Toure masih belum dapat memastikan di mana dia akan beraksi pada musim depan -- tetapi menyatakan dengan jelas enggan menyertai sebuah pasukan yang gemar bertahan.

Pemain tengah Manchester City itu berkata, dia mendapati peranan itu menjengkelkan serta gembira untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang diuruskan oleh Pep Guardiola, yang lebih suka dengan corak menyerang dengan ruang yang luas.

"Kita semua mahu bermain seperti ini," Toure memberitahu laman rasmi kelab itu. "Saya tidak mahu berada dalam sebuah yang gemar bertahan. Bertahan, adalah sesuatu yang sukar.

"Sebagai pemain yang mencintai bola sepak, ia adalah menjengkelkan untuk bertahan sepanjang masa.

"Gaya yang kami amalkan hari ini adalah gaya terbaik. Sudah tentu, kami cuba untuk melakukan yang terbaik, kami sentiasa mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, peluang terbuka.

"Kami sukakan aksi ketika menentang Liverpool (seri 1-1, Ahad lepas), tetapi kadang-kadang anda perlu menerima hakikat bahawa kami telah bermain dalam banyak perlawanan bulan ini, setiap tiga hari dan mungkin ini sedikit menjejaskan kami."

Kontrak Toure, 33, akan tamat berakhir musim ini dan mahu menandatangani perjanjian baru, tetapi masih belum dapat dipastilam sama ada dia dalam perancangan Guardiola untuk musim 2018.

Tatkala dia dikaitkan dengan Inter, ejennya, Dimitri Seluk, mendedahkan pada awal bulan ini bahawa Toure bersikap terbuka untuk perpindahan mengejut ke Manchester United.

Toure bagaimanapun pantas mengalihkan topik itu dengan menyatakan tumpuannya kini adalah membantu City untuk menamatkan saingan di kelompok empat pasukan teratas dalam kelayakan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara, manakala United hanya ketinggalan lima mata di belakang untuk menduduki tempat kelima selain memiliki kelebihan satu perlawanan.

City bakal mengharungi dua perlawanan getir, iaitu menentang Arsenal dan Chelsea dalam tempoh empat hari selepas rehat antarabangsa, dengan Toure -- yang bersara daripada tugasan antarabangsa bersama Ivory Coast -- mahu mengambil peluang ini untuk melakukan persediaan.

"Kami perlu bersedia sekarang untuk perlawanan seterusnya," katanya.

"Saya akan bernafas, tidur, berlatih dan bersikap baik kerana Arsenal dan Chelsea adalah perlawanan penting.

"Kami perlu mengambil peluang ini andai mahu menamatkan saingan di tangga empat teratas. Apa yang perlu kami lakukan adalah mendapatkan enam mata dan cuba melakukan yang terbaik kerana kita tahu ia akan menjadi sukar.

"Kami akan lihat nanti kerana Chelsea begitu ampuh, tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku."