CRYSTAL PALACE 0 CHELSEA 1

Alan Pardew percaya keputusan tidak memihak kepada Crystal Palace di sebalik persembahan mereka selepas Chelsea menghukum mereka untuk tewas buat kali ke-10 musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.


Diego Costa meledak gol tunggal di separuh masa pertama, Palace tidak memiliki ruang untuk menggugat Chelsea yang telah menyamai rekod kelab 11 kemenangan berturut-turut.

Bagaimanapun, Pardew yakin persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya sama seperti berdepan Manchester United di pertengahan minggu namun terpaksa menerima kekalahan.

"Kami telah mempamerkan segala kebolehan yang kami miliki dalam dua perlawanan yang lepas, tetapi kami menerima keputusan yang memihak kepada kami," jelas Pardew kepada Sky Sports.

Walaupun Chelsea mendominasi perlawanan di Selhurst Park, Chelsea gagal mempamerkan aksi terbaik mereka. Pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta yang menggerakkan jentera serangan sebelum melakukan hantaran silang untuk Costa menanduk masuk gol tunggal perlawanan, Pardew memberikan pujian kepada pasukan lawan yang kini memiliki kelebihan sembilan mata di persada liga.

"Kami tidak menjangkkan kualiti hantaran Azpilicueta mampu menggugat kami. Kami sangat kecewa kerana bolos di separuh masa pertama.

"Ini merupakan kali pertama kami gagal menjaringkan gol dalam tempoh yang agak panjang, kami berharap dapat memperbaiki keputusan perlawanan di masa akan datang."