Alan Pardew menjadi mangsa sumpahan terbaru apabila dilepaskan jawatan jawatannya di Crystal Palace, awal pagi tadi.

Dengan purata mata 0.72 dalam setiap perlawanan pada 2016, pencapaian itu adalah pungutan mata yang diperolehi mana-mana kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Bola Sepak pada tahun ini, tidak hairanlah skuad Eagles itu untuk berubah angin dalam kepimpinan.

Tujuh bulan lalu iaitu pada Mei, Pardew sedang mempersiapkan Palace untuk pertemuan perlawanan akhir Piala FA dengan Manchester United.

Sungguhpun kerja keras yang diperagakan pemainnya, Red Devils merangkul kejuaraan itu hasil kemenangan 2-1 dalam aksi tambahan masa di Wembley.

Pemecatan Pardew itu bermakna empat daripada lima pengurus terakhir yang tewas dalam perlawanan akhir Piala FA gagal mengekalkan jawatan mereka selepas perayaan Natal dalam tahun yang sama.

Kenny Dalglish dan Roberto Mancini yang kalah ketika menguruskan Liverpool dan Manchester City pada 2012 dan 2013, dipecat ekoran kegagalan mereka merebut piala itu, dengan Tim Sherwood -- naib juara bersama Aston Villa pada 2015 -- meninggalkan pasukan itu pada Oktober.

Satu-satunya pengurus yang terselamat adalah Steve Bruce di Hull City, di mana dia terus diberi tanggungjawab untuk mengemudi Tigers yang tergelincir ke liga bawahan pada musim lalu, sekalipun dia meletak jawatan sebelum sepak mula musim ini.