SWANSEA 5 CRYSTAL PALACE 4

Pengurus Crystal Palace, Alan Pardew, berang dengan prestasi pertahanannya selepas tewas 5-4 di tangan Swansea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Skuad kendalian Pardew meledak tiga gol dalam tempoh 10 minit ketika ketinggalan 3-1 untuk mendahului 4-3 menghampiri penghujung perlawanan.

The Eagles gagal mempertahankan kedudukan itu apabila penyerang Swansea, Fernando Llorente, meledak dua gol di penghujung perlawanan untuk menyaksikan mereka tewas buat kali enam berturut-turut.

Palace kini berkongsi kedudukan dengan Hull City dengan 18 mata, menyaksikan masa depan Pardew bersama Palace semakin hampir ke penghujungnya.

"Sukar untuk mempercayai keputusan perlawanan ini. Ia merupakan separuh masa kedua yang 'gila'," jelas Pardew.

"Kedua-dua pasukan telah banyak melepaskan gol mudah. Tetapi di penghujung perlawanan, Swansea berjaya memungut tiga mata penuh.

"Saya sangat kecewa dengan cara kami bertahan, terutama sekali di penghujung perlawanan. Mereka sepatutnya bermain dengan lebih baik lagi."