CHELSEA 1 CRYSTAL PALACE 2

Sam Allardyce mendakwa pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, bernasib baik kerana tewas dengan perbezaan satu gol ke atas Crystal Palace di Stamford Bridge, semalam.


Jaringan Wilfried Zaha dan Christian Benteke membantu Palace meraih tiga mata penuh selepas Cesc Fabregas membuka jaringan pada awal permainan.

Allardyce meluahkan perasaan gembiranya apabila skuad kendaliannya kini berjaya meraih 31 mata selepas 29 perlawanan.

"Kami telah ketinggalan awal di dalam perlawanan ini tetapi pemain-pemain mempamerkan kebangkitan dan berjaya meledak dua gol," kata Allardyce.

"Pertahanan kami membuktikan kebolehan mereka, kami berupaya menjaringkan lebih banyak gol. Perancangan kami membuahkan hasil.

"Ini merupakan mata yang berharga untuk dirampas daripada pasukan yang bakal menjadi juara. Inilah EPL. Kami berjaya membuat semua orang menyedari kehadiran kami. Ia merupakan prestasi yang menakjubkan daripada The Eagles.

"Kami kini sudah memperoleh 31 mata. Sasaran kami adalah mengelak daripada penyingkiran. Tetapi kecederaan yang dialami pemain boleh menghukum kami. Kami berharap dalam aksi seterusnya pada Rabu berdepan Southampton, kami akan terus memungut mata."