BURNLEY 0 ARSENAL 0

Mikel Arteta mendedahkan keadaan permukaan padang di Turf Moor adalah cabaran buat Arsenal ketika seri tanpa jaringan dengan Burnley semalam.


Selepas gagal melunaskan dua peluang terhidang menerusi Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang, Arsenal bergelut dalam tempoh yang sangat panjang dan boleh dikatakan bertuah untuk berkongsi mata selepas percubaan Jay Rodriguez sekadar menggegar palang pada penghujung permainan.

Arteta menerima pasukannya masih lagi kurang konsisten daripada segi prestasi tetapi beliau mahu menjelaskan mengenai permukaan padang.

"Keadaan padang menyukarkan kami," kata Arteta. "Rumput terlalu panjang, mereka tidak membasahkannya dan ia tidak membantu apa-apa untuk bermain bola sepak."

Ditanya sama ada keadaan padang untuk seharusnya telah dijangka oleh Arsenal, Arteta tersenyum dan berkata, "Sudah tentu. Saya tidak membasahkan padang latihan semalam, jadi saya sudah menjangkakannya.

"Keadaan ini tidak memudahkan kami untuk bermain. Namun, Burnley berjaya mempamerkan aksi yang berkualiti. Ia adalah kekuatan mereka, anda dibenarkan untuk melakukannya, jadi anda perlu menyesuaikan diri.

"Kami telah menyesuaikan diri dengan baik dalam beberapa situasi... dan dalam sesetengah aspek yang tidak melibatkan rumput tetapi kualiti yang dipamerkan Burnley. Mereka beraksi cemerlang dan kami tidak dapat mengikut rentak mereka."



Editor: Ammar Hakim