Ozil: Iwobi ingatkan saya kepada Okocha dan Davids

By Stefan Coerts 12 October 2016
Ozil: Iwobi ingatkan saya kepada Okocha dan Davids
Perancang Arsenal, Mesut Ozil, menyifatkan rakan sepasukan, Alex Iwobi, memiliki kualiti yang sama seperti bapa saudaranya, Jay-Jay Okocha, dan bintang Belanda, Edgar Davids.

Iwobi telah memperkembangkan kualitinya dan menjadi salah satu tunjang utama pasukan Arsenal sejak berada di dalam kesebelasan utama pasukan dan Ozil memuji prestasi pemain sayap itu.

"Dia mengingatkan saya kepada bapa saudaranya, Okocha," jelas Ozil. "Alex mengingatkan saya kepada Okocha dan Davids.

"Iwobi sedang berkembang menjadi pemain yang bagus dan jika dia mampu melakukannya sepanjang musim, permainannya akan menjadi lebih mantap. Dia seorang pemain muda yang berada di landasan yang tepat."

Iwobi telah melakukan tiga bantuan jaringan dalam tujuh penampilan pada musim 2016-17.

About Author

Stefan Coerts

Comment

Read Next

Andik mahu bawa Selangor ke final

By Ammar Hakim 11 Oktober 2016. 5.05 PM