Ozil akan tambah bilangan gol -- Wenger

By Chris Myson 31 December 2016 53
Ozil akan tambah bilangan gol -- Wenger

Arsene Wenger yakin Mesut Ozil akan menjaringkan lebih banyak gol pada separuh kedua musim 2016-17.

Ozil telah beraksi dalam 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris buat Arsenal musim ini dan menjaringkan lima gol.

Prestasi perancang The Gunners itu telah memikat hati Wenger yang berasakan Ozil akan terus mempamerkan aksi cemerlang di depan gol menjelang aksi berdepan Crystal Palace pada Ahad.

"Saya berpendapat Ozil masih boleh menambah gol dalam baki perlawanan EPL musim ini," ujar Wenger.

"Dia menyempurnakan jaringan jauh lebih baik ketika sesi latihan dan saya yakin peratusan untuk dia menjaringkan gol akan meningkat."

About Author

Chris Myson

Comment