Willian mendedahkan Oscar telah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan di Chelsea selepas menerima tawaran kelab dari China, Shanghai SIPG untuk beraksi di Liga Super China (CSL).

Oscar bergelut untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan di bawah kendalian Antonio Conte dan mengumumkan dia akan berhijrah untuk beraksi di CSL.

Perpindahan ini masih lagi dilakukan secara rasmi, tetapi Willian telah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan senegaranya itu.

"Oscar telah mengucapkan selamat tinggal. Seorang sahabat yang akan meninggalkan kelab ini, tetapi kami hanya mengharapkan yang terbaik untuk Oscar di sana nanti," kata Willian kepada ESPN Brasil.

"Kariernya seorang pemain mungkin boleh menjadi singkat, jadi jika terdapat peluang yang datang, anda hanya memikirkan untuk keluarga anda. Anda harus bersedia untuk kehidupan selepas anda tidak lagi bermain bola sepak.

Pengendali pasukan, Antonio Conte mengakui beliau memahami keputusan Oscar, tetapi mempersoalkan cita-citanya.

"Sebelum tibanya wang, hadirnya semangat, semangat untuk bermain bola sepak di peringkat yang terbaik," kata Conte.

"Kami mula bermain bola sepak ketika kanak-kanak tanpa wang, hanya semangat. Kemudian hadirnya wang, tetapi pada saya semangat harus menjadi lebih penting.

"Oscar seorang pemain yang berkualiti. Saya berbangga memilikinya di dalam skuad saya.

"Saya berbangga dengan sikap dan komitmennya. Saya menghormati setiap keputusan pemain saya."