O'Neill 'tergoda' dengan Leicester City

By Sacha Pisani 7 March 2017
O'Neill 'tergoda' dengan Leicester City
Bos Ireland Utara, Michael O'Neill, akan mempertimbangkan untuk mengurus Leicester City jika dia didatangi oleh juara Liga Perdana Inggeris itu.

Claudio Ranieri membimbing Leicester untuk menjulang gelaran bertentangan dengan semua jangkaan awal musim lepas tetapi dia dipecat bulan lalu, dengan Craig Shakespeare dilantik bagi tempoh sementara.

Shakespeare membawa Leicester meraih kemenangan berturut-turut ke atas Liverpool dan Hull City untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran tetapi O'Neill dilaporkan masih berada dalam senarai hasrat kelab itu bagi mencari pengurus tetap dan peranan tersebut akan menggoda jurulatih Ireland Utara berusia 47 tahun itu.

"Saya fikir anda sentiasa tergoda -- anda perlu menimbang perkara seperti ini jika peluang diberikan kepada anda," kata O'Neill kepada BBC Sport, selepas membantu Ireland Utara mara ke pusingan kalah mati dalam Euro 2016 -- kejohanan utama pertama buat negara itu dalam tempoh 30 tahun.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan lembaga dan Persatuan (Bola Sepak Ireland Utara) di sini. Saya sudah berada dalam tugas ini selama lima tahun dan saya mempunyai kontrak tiga tahun lagi.

"Saya tidak fikir anda pernah boleh mengatakan 'tidak' dalam bola sepak. Saya tidak aktif mencari pekerjaan lain. 

"Apabila kekosongan tugas muncul, terutama di England tahun ini, nama saya telah disebut tetapi saya tidak berusaha secara aktif untuk mencari pekerjaan lain.

"Itu tidak akan mengubah tempoh kontrak saya dan jika peluang tampil sendiri, persatuan dan saya sendiri akan duduk dan melihat sejauh mana perbincangan kami."

About Author

Sacha Pisani

Comment