Nilai Pogba akan dianggap murah pada masa akan datang

By Amirul Azreen 19 February 2017
Nilai Pogba akan dianggap murah pada masa akan datang

Jose Mourinho menegaskan harga GBP89 juta (RM491 juta) yang dibayar Manchester United bagi mendapatkan Paul Pogba akan dianggap "murah" dalam masa beberapa tahun akan datang.

United membayar sejumlah wang yang besar untuk memancing pemain itu dari Juventus, Ogos lalu.

Mourinho percaya Pogba terkesan dengan tanda harga tersebut dan berharap ada pemain lain yang akan merampas status pemain termahal dunia.

Pengendali United itu yakin mereka telah membuat keputusan yang tepat dalam melakukan pembelian tersebut.

"Saya rasa dalam beberapa tahun akan datang, kamu akan sedar bahawa harganya agak murah," Mourinho memberitahu wartawan.

"Tetapi saya perlu mengakui tidak banyak pasukan yang berpandangan jauh terhadap apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

"Beberapa tahun lalu, GBP25 juta (RM138 juta) adalah harga bagi seorang pemain yang hebat tetapi kini nilai itu hanyalah bagi pemain muda yang dijangka akan menjadi seorang pemain yang bagus.

"Hujung musim ini, mungkin Pogba akan kehilangan statusnya selaku pemain termahal dunia tetapi itu juga mungkin sesuatu yang baik.

"Dia mempamerkan aksi mengagumkan setiap kali, namun status pemain termahal dunia itu kadang kala meletakkan satu tekanan terhadapnya."

About Author

Amirul Azreen

Comment

Read Next

JDT rebah di bumi Ipoh

By Ammar Hakim 18 Februari 2017. 3.12 PM