Phil Neville percaya Marcus Rashford mampu menjadi setaraf dengan Antoine Griezmann dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Penyerang Atletico Madrid itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke United, sebahagiannya disebabkan oleh persahabatannya dengan Paul Pogba.

Bagaimanapun, Neville melihat Rashford yang dipilih menyertai skuad senior daripada akademi, mampu menjadi setaraf dengan pemain skuad kebangsaan Perancis itu pada masa akan datang.

"Rashford mampu menjadi penyerang yang berbisa, dia memerlukan cabaran pada setiap masa kerana dia merupakan seorang yang berbakat.

"Jika Griezmann tiba di United, dia bakal menjadi penanda aras buat Rashford untuk terus bekerja keras.

Dalam masa sama, Neville memberikan sokongan kepada Anthony Martial untuk menyerlah, dengan meramalkan dia dan Rashford dapat menimba ilmu daripada Zlatan Ibrahimovic.

"Beraksi dengan Ibrahimovic merupakan keistimewaan buat mereka, ia adalah peluang buat mereka mempelajari sesuatu daripadanya."

Rashford kini telah menjaringkan tujuh gol dalam 34 perlawanan musim ini manakala Martial meledak tujuh gol dalam 25 penampilan.