Gary Neville berharap jaringan pertama Luke Shaw untuk Manchester United dalam kemenangan sulung aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Leicester City adalah "permulaan yang istimewa" buatnya di Old Trafford.

Shaw menyerlah bersama Southampton dalam tempoh dua musim sebelum dibawa masuk ke United pada 2014 dengan perpindahan bernilai GBP35 juta (RM182 juta), menjadikan dirinya pemain muda termahal ketika itu.

Selepas musim pertama yang kurang menyerlah, Shaw memulakan musim 2015-16 dengan baik sebelum mengalami kecederaan patah kaki ketika berdepan PSV dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Shaw bergelut dengan kecederaan serta masalah kecergasan manakala Jose Mourinho melakukan kritikan secara terbuka dan bersedia untuk melepaskan khidmat pemain tersebut.

Tetapi setelah menampilkan semula aksi sebenar ketika merakamkan kemenangan pertama pasukan, Jumaat lalu, menjaringkan gol yang memastikan kemenangan dan bekas bek kanan United, Neville, meletakkan harapan yang tinggi terhadap masa depan pemain berusia 23 tahun itu.

"Kami telah melihat banyak pemain muda England yang berkualiti sejak beberapa tahun ini.

"Pemain-pemain seperti Alex Oxlade-Chamberlain, Theo Walcott, Kieran Gibbs, Jack Wilshere dan Ross Barkley merupakan hasil kelab yang mampu mencapai potensi sebenar dan menjadi pemain-pemain yang berkualiti.

"Sama sekali buat Shaw, dia seorang pemain bek kiri yang istimewa.

"Dia perlu bekerja keras bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan memiliki mentaliti yang baik setiap kali diturunkan," tambahnya.