Navas pamer aksi cemerlang -- Guardiola

By Staff Writer 3 April 2017
Navas pamer aksi cemerlang -- Guardiola
ARSENAL 2 MANCHESTER CITY 2

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mempertahankan persembahan Jesus Navas ketika skuad kendaliannya seri 2-2 dengan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.


Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit kelima apabila Leroy Sane mudah menampan masuk hantaran jauh Kevin De Bruyne. Arsenal mengikat kedudukan pada minit ke-40 selepas pertahanan City gagal mengeluarkan bola daripada kotak penalti.

Sergio Aguero kembali meletakkan skuad bimbingan Guardiola di hadapan dua minit kemudian sebelum Skhodran Mustafi menyamakan kedudukan buat Arsenal pada separuh masa kedua.

Guardiola membuat pilihan di luar jangkaan selepas menurunkan Navas sebagai bek kanan untuk mengekang kemaraan Alexis Sanchez.

Pemain sayap itu menerima kritikan di media sosial kerana gagal memberikan prestasi terbaik tetapi Guardiola berasakan sebaliknya.

"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Navas, yang berjaya mengawal pergerakan pemain yang berkualiti seperti Sanchez," kata Guardiola.

"Saya menurunkan Navas kerana Bacary Sagna mengalami kecederaan dan Pablo Zabaleta masih belum bersedia.

"Navas berhak menerima yang terbaik kerana dia orang pemain yang berkualiti dan saya sangat gembira dengan persembahannya."

City gagal merapatkan kedudukan dengan Chelsea dengan perbezaan sembilan mata selepas pendahulu EPL itu tewas mengejut kepada Crystal Palace tetapi Guardiola masih belum berputus asa untuk mengejar skuad kendalian Antonio Conte.

"Ia merupakan persembahan yang cemerlang tetapi masih terdapat beberapa perlawanan lagi yang perlu diharungi.

"Chelsea telah tewas pada Sabtu dan kami kecewa kerana gagal meraih tiga mata penuh."

About Author

Staff Writer

Comment