Mustafi kembali perkuat The Gunners

By Staff Writer 30 December 2016 82
Mustafi kembali perkuat The Gunners

Shkodran Mustafi telah kembali menjalani latihan bersama skuad utama Arsenal dan dijangka membuat penampilan dalam aksi berdepan Crystal Palace pada Ahad.

Pertahanan Jerman itu terlepas aksi selama tiga minggu susulan kecederaan hamstring yang dialami dalam kemenangan 3-1 ke atas Stoke City, awal bulan ini.

Namun, pengendali, Arsene Wenger, mengesahkan Mustafi mungkin diturunkan pada Ahad, dengan Danny Welbeck dan Alex Oxlade-Chamberlain turut dalam perjalanan untuk pulih.

Welbeck masih belum membuat penampilan pertama musim ini, namun sudah kembali menjalani latihan penuh pada Rabu manakala kecergasan Oxlade-Chamberlain akan dinilai sehari sebelum perlawanan.

Bagaimanapun, Kieran Gibbs disahkan akan diketepikan kerana kecederaan lutut.

"Shkodran sudah kembali menjalani latihan dan akan kembali menyertai skuad utama," Wenger memberitahu laman sesawang rasmi kelab itu.

"Alex hampir pasti akan menyertai latihan pada Sabtu tetapi dalam perlawanan sebelum ini, kami kehilangan khidmat Gibbs disebabkan kecederaan lutut.

"Dia telah menjalani imbasan pada Rabu dan diharapkan kecederaannya tidak serius."

About Author

Staff Writer

Comment