CSKA Moscow mengumumkan Ahmed Musa telah kembali ke kelab itu secara pinjaman bagi baki saingan musim ini selepas penyerang itu gagal memberikan impak kepada Leicester City.

Leicester membayar sebanyak GBP16 juta (RM88 juta) untuk menandatangani Musa pada Julai 2016 bagi memperkuatkan pasukan selepas meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi pemain kebangsaan Nigeria itu hanya menjaringkan dua gol pada musim pertama manakala jaringan tunggalnya musim ini hadir ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Sheffield United dalam saingan Piala EFL.

Musa dibenarkan meninggalkan Stadium King Power hingga penghujung musim ini.

"Musa akan beraksi bersama CSKA untuk saingan liga dan pusingan kalah mati Liga Europa (UEL)," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu.