SUNDERLAND 3 HULL CITY 0

David Moyes memuji impak Victor Anichebe selepas penyerang Sunderland itu meledak dua gol ketika menewaskan Hull City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.


Selepas Jermain Defoe menjaringkan gol pembukaan di Stadium of Light, kemudian giliran Anichebe menjaringkan dua gol untuk memberikan kemenangan mutlak buat Sunderland.

Bekas penyerang Everton itu telah berjaya menemui sasaran dalam kemenangan pertama mereka ketika bertemu Bournemouth, Moyes sekali lagi terpikat dengan persembahan pemain kelahiran Nigeria itu.

"Kami memiliki dua penyerang yang mampu menjaringkan gol," kata Moyes.

"Anichebe merupakan seorang penyerang yang berkualiti dan telah membuktikan kebolehannya."

Pengurus Hull, Mike Phelan, berpendapat kebolehan yang dimiliki oleh penyerang Sunderland (Defoe dan Anichebe) merupakan faktor utama pasukannya tewas.

"Penyerang mereka berada di tahap terbaik serta tidak mensia-siakan peluang," ujar Phelan.

Keputusan ini menyaksikan Sunderland terkeluar daripada kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris.