WATFORD 1 SUNDERLAND 0

David Moyes masih percaya Sunderland mampu mengelak daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris setelah tewas 1-0 kepada Watford yang menyaksikan mereka hanya melakar satu kemenangan untuk tahun 2017.


Sunderland masih ketinggalan tujuh mata untuk berada di zon selamat dengan berbaki sembilan perlawanan, dengan persembahan The Black Cats di Vicarage ternyata telah melahirkan sedikit peluang mereka untuk kekal beraksi dalam EPL.

Tandukan Miguel Britos membezakan keputusan buat Watford dan hampir menambah luka pasukan pelawat kerana penjaga gol, Jordan Pickford, gagal mempamerkan aksi cemerlang.

Ditanya sama ada Sunderland mampu kekal dalam EPL, Moyes menjawab, "Ya, keputusan tidak memihak kepada kami tetapi Sunderland akan terus berjuang.

"Pemain-pemain telah memberikan yang terbaik dan sangat komited. Kami cuba mencari jalan untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya."