Moyes menyukarkan dirinya sendiri ketika di United

By Sacha Pisani 26 December 2016 76
Moyes menyukarkan dirinya sendiri ketika di United

Bekas kapten Manchester United, Bryan Robson, percaya bekas pengurus, David Moyes, menyukarkan hidupnya sendiri dengan menggantikan staf kejurulatihan yang berpengelaman di bawah kendalian Alex Ferguson ketika tiba di Old Trafford pada 2013.

Moyes, yang kini mengendalikan Sunderland, tiba di Old Trafford buat pertama kali sejak dipecat pada April 2014, dengan Robson mempersoalkan keputusan Moyes mengetepikan khidmat jurulatih seperti Mike Phelan, Rene Meulensteen dan Eric Steele sebulan selepas United menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah pimpinan Ferguson.

Dengan berbekalkan kontrak selama enam tahun, Moyes gagal menghabiskan kempen selama satu musim sebelum digantikan oleh Louis Van Gaal dan Robson percaya beliau yang menyukarkan keadaannya sendiri ketika waktu itu.

"David menerima tugas terbesar di dunia dengan menggantikan pengurus paling berjaya di dunia tetapi beliau memerlukan bantuan yang betul," kata Robson.

"Saya tidak mahu menghukumnya sebelum beliau kembali ke Old Traffrod tetapi mempersoalkan keputusan yang diambilnya ketika mengendalikan United.

"Kesilapan terbesarnya adalah untuk membawa staf kejurulatihannya sendiri -- dan mereka tidak pernah memenangi apa-apa sebagai jurulatih.

"Pada David, ia merupakan keputusan yang tepat. Tetapi staf di bawah pengurusan Alex -- mereka tahu skuad dengan lebih terperinci, mereka memahami pasukan itu."

Terdapat kenyataan bahawa Moyes telah ditinggalkan dengan pasukan yang berusia dan tidak berkualiti,

Sebaliknya, Robson berkata, "Tiada apa masalah dengan skuad itu. Mereka baru sahaja memenangi takhta liga dengan kelebihan 11 mata.

"David memiliki peruntukan sebanyak GBP250 juta untuk dibelanjakan sebelum saingan bermula, jadi mengapa tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin?

"Beliau membeli Marouane Fellaini dan Juan Mata tetapi mereka tidak memberikan sebarang impak kepada pasukan ketika itu."

About Author

Sacha Pisani

Comment