Moyes kecewa hanya mendapat dana kecil

By Staff Writer 15 December 2016
Moyes kecewa hanya mendapat dana kecil

Pengendali Sunderland, David Moyes, telah dibenarkan membawa masuk pemain baru ketika jendela perpindahan pemain pada Januari, namun terpaksa melakukannya dengan bantuan kewangan yang kecil.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunderland, Martin Bain, mengakui bahawa Moyes hanya akan mendapat suntikan dana yang kecil.

Senario itu menyebabkabn Moyes kecewa ekoran pasukannya kini di ambang penyingkiran.

"Saya tahu saya memiliki tempoh singkat dalam membentuk pasukan ini, jadi sangat sukar untuk saya membuat perubahan," jelas Moyes.

"Namun, saya berharap dapat melakukannya kali ini."

Sementara itu, Moyes mengakui bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa perbelanjaannya pada bulan Januari tidaklah besar.

"Itulah yang telah mereka jelaskan.

"Tugas saya adalah untuk menggunakan segala sumber termampu untuk membantu pasukan ini. Kami memiliki skuad yang baik dan mampu meraih kemenangan.

"Jika mereka meneruskan aksi seperti malam ini, ia akan memberikan kami peluang." 

Kekalahan 1-0 kepada Chelsea pada Rabu bermakna Sunderland kini menduduki tangga tercorot liga dan memerlukan empat mata untuk keluar daripada zon penyingkiran.

 

About Author

Staff Writer

Comment