Mourinho: United tidak akan dapat tandatangani Bale

By Staff Writer 9 August 2017 7058
Mourinho: United tidak akan dapat tandatangani Bale
Jose Mourinho menyifatkan harapan untuk Manchester United menandatangani Gareth Bale sudah berakhir manakala bintang Real Madrid itu menegaskan dia tidak berminat dengan khabar angin berkenaan.

Pemain kebangsaan Wales itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke United dalam usaha Real yang mahu menandatangani bintang sensasi Monaco, Kylian Mbappe.

Mourinho mahu cuba mendapatkan khidmat Bale jika dia tidak beraksi dalam saingan Piala Super UEFA berdepan United awal pagi tadi tetapi pemain berusia 28 tahun itu bergandingan dengan Karim Benzema dan mencipta jaringan Isco ketika meraih kemenangan 2-1 di Skopje.

Dan pengendali United itu menerima hakikat harapannya untuk membawa pulang bekas pemain Tottenham itu kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir.

"Saya berpendapat begitu. Saya berasakan kelab mahu mendapatkan khidmatnya, pengurus mahukannya, pemain-pemain turut mahu beraksi bersamanya," kata Mourinho. 

"Tetapi saya rasa segala-galanya sudah berakhir kerana saya mengandaikan dia akan kekal."

Bale mengeaskan bahawa dirinya sedang memberikan fokus untuk bermain dengan Juara Eropah itu dan tidak berbincang dengan kelab untuk menyatakan hasrat mahu meninggalkan kelab tersebut.

"Saya hanya memberikan tumpuan kepada karier saya," kata Bale. 

"Saya tidak mendengar dan membaca mengenai apa-apa.

"Ia merupakan hasrat saya untuk kekal bersama pasukan ini dan terus memenangi kejuaraan.

"Tiada perbincangan di antara saya dan kelab. Saya sedang cuba mendapatkan semula tahap kecergasan terbaik selepas tidak beraksi hampir lapan ke sembilan bulan."

Jaringan gol Casemiro dan Isco memastikan kemenangan buat Real di Skopje, dengan gol United hadir menerusi jaringan sulung aksi kompetitif Romelu Lukaku bersama kelab barunya.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane telah menjuarai trofi ini tiga kali dan meraih enam trofi sejak pengendali kelahiran Perancis itu mengambil alih pasukan pada Januari 2016.

About Author

Staff Writer

Comment